Sunday, May 13, 2012

PERATURAN HOMESTAY

TETAMU YANG DIHORMATI
Sila Ambil Perhatian;

1. Tetamu yang dibenarkan adalah terdiri daripada ahli keluarga yang mahram atau kumpulan sama jantina.
2.  Tempahan disahkan setelah pelanggan membayar deposit rm50.00
3.  Pembatalan tempahan yang lewat daripada tempoh dua minggu deposit tidak akan dikembalikan.
4.  Kunci akan diberi selepas semua pembayaran dijelaskan.
5.  Daftar masuk selepas jam 2.00 petang, dan daftar keluar sebelum jam 12.00 tengahari esoknya.
6.  Sila tinggalkan nama, nombor telefon dan alamat ketua kumpulan semasa pendaftaran masuk; untuk rekod Homestay.
7.  Makanan halal sahaja dibenarkan dibawa masuk.
8.  Minuman keras dan binatang peliharaan dilarang sama sekali.
9.  Tetamu hendaklah menjaga segala kemudahan seperti dirumah sendiri. jika kerosakan berlaku kami berhak menuntut gantirugi dalam tempoh 7 hari daripada tarikh sewaan setelah disiasat.
10. Jangan buang sesuatu seperti tuala wanita ke dalam sinki tandas.
11. Sila basuh pinggan mangkuk, periuk dan sebagainya yang digunakan sebelum meninggalkan homestay.
12. Sila buang bungkusan makanan yang tidak digunakan ke dalam tong sampah yang disediakan.
13. Dilarang merokok didalam rumah.
14. Sila bawa bersama barang berharga anda apabila keluar.; kami tidak bertanggungjawab atas kehilangan barang anada.

TERIMA KASIH KERANA BERTAMU
 DI HOMESTAY ASFAR.
SILA DATANG LAGI

No comments:

Post a Comment